dlm pmbinaan..huhuhu.. maaf ye :)

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

Twitter

Definisi Pembangunan

Posted by ewan'z - -

Salam.. Apa yang kita faham tentang pembangunan ek?? Disini saya akan berkongsi sedikit ilmu tentang apa itu pembangunan? 

Menurut Tadora yang mengeluarkan idea dan menaksirkan pembangunan ialah proses yang berbagai-bagai dimensi yang melibatkan perubahan struktur masyarakat, sikap dan institusi yang juga melibatkan pertumbuhan ekonomi, pengurangan kadar ketidakadilan dan penghapusan kemiskinan yang dikeluarkan pada tahun 2000.

Selain itu, menurut Dahlan pula pembangunan ini ialah tidak hanya berpusat kepada komponen ekonomi, tetapi juga merangkumi pengekalan dan kelestarian kehidupan dari segi penyediaan keperluan asas, harga diri manusia, termasuk kendiri mereka, berhak untuk bebas daripada sebarang bentuk penindasan serta berhak untuk membuat keputusan tentang penilaian dan pilihan sendiri berkenaan dengan keperluan dan kualiti hidup mereka. Takrifan ini dibuat pada tahun 1989.

Dari dua pandangan tokoh Tadora dan Dahlan ini. Secara umum boleh kita taksifkan pembangunan ini sebenarnya adalah suatu perubahan yang dapat dilihat iaitu dari keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik dan juga daripada keadaan yang mundur kepada yang lebih maju..