dlm pmbinaan..huhuhu.. maaf ye :)

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter

Twitter

Definisi Koperasi dan nilai-nilai koperasi

Posted by ewan'z - -

Assalamualaikum.. hai semua. mesti korang tidak tau apa itu koperasi kan. Selalu nya kalau aku jumpa kawan-kawan masa cuti sem mesti diorang tanya aku blajar kt mane.. Asal aku sebut Maktab Koperasi Malaysia (MKM) mesti ramai yang tak tahu.huhuhu. Walaupun MKM ni low profil tapi bagi sape2 yang bekerja dengan koperasi mesti tahu MKM ini sangat penting bagi koperasi-koperasi di Malaysia. Selepas itu kalau aku tanya koperasi itu apa? kebanyakkan diorang cakap koperasi ini kedai buku or koperasi sekolah.. hehehe.. 2 jawapan yang memang tak tahu la.. Xpe2 aku boleh share ilmu koperasi dengan korang k. Kalau ka nak tahu koperasi ini bukan swasta dan juga bukan kerajaan, ibarat pihak ketiga.

Koperasi ini didefinisikan sebagai "Sebuah persatuan manusia yang berautonomi bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, sosial,dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokrati" Definisi ini dikeluarkan oleh Maktab Koperasi Malaysia.

Dalam memajukan koperasi anggota nilai-nilai koperasi sangat penting dan menjadi satu kemestian yang perlu ada pada anggota. Nilai-nilai ini adalah berteraskan lebiih kepada pembentukan peribadi diri sendiri, organisai dan masyarakat. 

Nilai Asas :

Promo MKM jp..
  • Membantu diri sendiri
  • Bertanggungjawab ke atas diri sendiri
  • Demokrasi
  • Kesamarataan
  • Keadilan 
  • Perpaduan 

Nilai Etika :                                                                
  • Keterbukaan 
  • Amanah
  • Tanggungjwab sosial
  • Perihatin terhadap orang lain

Leave a Reply