dlm pmbinaan..huhuhu.. maaf ye :)

  • RSS
  • Delicious
  • Facebook
  • Twitter
  • Bersabarlah wahai umat Islam

    Diriwayatkan daripada Muaz bin Anas r.a, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia boleh melepaskan kemarahannya, maka pada hari kiamat Allah s.w.t akan memanggilnya di hadapan semua makhluk kemudian dia disuruh untuk memilih mana-mana bidadari yang diinginkan olehnya.(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

  • Doa

    “Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"(QS. Ghafir: 60) "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku”.(QS. Al Baqarah: 186)

  • Renunglah orang-orang mukmin.

    Ketika orang-orang kafir menanamkan kesombongan dalam hati mereka (iaitu) kesombongan jahiliyah, maka Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Allah mewajibkan kepada mereka tetap taat menjalankan kalimat takwa, dan mereka lebih berhak dengan itu dan patut memilikinya. Dan Allah maha mengetahui segala sesuatu. (Al-Fath : 26)

Twitter

Assalamualaikum.. hai semua. mesti korang tidak tau apa itu koperasi kan. Selalu nya kalau aku jumpa kawan-kawan masa cuti sem mesti diorang tanya aku blajar kt mane.. Asal aku sebut Maktab Koperasi Malaysia (MKM) mesti ramai yang tak tahu.huhuhu. Walaupun MKM ni low profil tapi bagi sape2 yang bekerja dengan koperasi mesti tahu MKM ini sangat penting bagi koperasi-koperasi di Malaysia. Selepas itu kalau aku tanya koperasi itu apa? kebanyakkan diorang cakap koperasi ini kedai buku or koperasi sekolah.. hehehe.. 2 jawapan yang memang tak tahu la.. Xpe2 aku boleh share ilmu koperasi dengan korang k. Kalau ka nak tahu koperasi ini bukan swasta dan juga bukan kerajaan, ibarat pihak ketiga.

Koperasi ini didefinisikan sebagai "Sebuah persatuan manusia yang berautonomi bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, sosial,dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokrati" Definisi ini dikeluarkan oleh Maktab Koperasi Malaysia.

Dalam memajukan koperasi anggota nilai-nilai koperasi sangat penting dan menjadi satu kemestian yang perlu ada pada anggota. Nilai-nilai ini adalah berteraskan lebiih kepada pembentukan peribadi diri sendiri, organisai dan masyarakat. 

Nilai Asas :

Promo MKM jp..
  • Membantu diri sendiri
  • Bertanggungjawab ke atas diri sendiri
  • Demokrasi
  • Kesamarataan
  • Keadilan 
  • Perpaduan 

Nilai Etika :                                                                
  • Keterbukaan 
  • Amanah
  • Tanggungjwab sosial
  • Perihatin terhadap orang lain

Salam.. Apa yang kita faham tentang pembangunan ek?? Disini saya akan berkongsi sedikit ilmu tentang apa itu pembangunan? 

Menurut Tadora yang mengeluarkan idea dan menaksirkan pembangunan ialah proses yang berbagai-bagai dimensi yang melibatkan perubahan struktur masyarakat, sikap dan institusi yang juga melibatkan pertumbuhan ekonomi, pengurangan kadar ketidakadilan dan penghapusan kemiskinan yang dikeluarkan pada tahun 2000.

Selain itu, menurut Dahlan pula pembangunan ini ialah tidak hanya berpusat kepada komponen ekonomi, tetapi juga merangkumi pengekalan dan kelestarian kehidupan dari segi penyediaan keperluan asas, harga diri manusia, termasuk kendiri mereka, berhak untuk bebas daripada sebarang bentuk penindasan serta berhak untuk membuat keputusan tentang penilaian dan pilihan sendiri berkenaan dengan keperluan dan kualiti hidup mereka. Takrifan ini dibuat pada tahun 1989.

Dari dua pandangan tokoh Tadora dan Dahlan ini. Secara umum boleh kita taksifkan pembangunan ini sebenarnya adalah suatu perubahan yang dapat dilihat iaitu dari keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik dan juga daripada keadaan yang mundur kepada yang lebih maju..

Assalamualaikum.. akhirnya wujud jugak blog aku sendiri. Mana tidak nya sebelum ni aku da ada blog tapi lame xupdate punya pasal da di remove. da xde blog.. tp skrng aku punya bolg lagi. harap selepas ni rajin-rajin la on9 blog. da kena start dari awal.. jadi newbie semula..huhuhu

Alhamdulillah cuti sem ni aku dapat jugak buat blog ni.. Padahal nk buat blog senang je. hehehe. just malas je lebih. kalau duduk depan laptop bukan on9 faceebook or chat tp men game je lebih. Sekarang game pun aku dah bosan so ni sebab aku mula buat blog semula.


Blog ni kadang2 penting n banyak jugak faedah, sebab kite boleh share pendapat, buat duit n cari maklumat tapi ada org buat blog ini seperti diari diorg.. so terpulang la pada admin blog masing2 k. Aiman xksh smua 2. 

think2....